Dec 28 2017

Apa kata Yb Datuk Hj Adam..?

Published by at 4:24 pm under Uncategorized

*Propaganda dan Perang Saraf perlu tepat pada sasaran yang betul*

Kita perlu faham, perang pilihanraya hari ini ialah ‘perang conflict’ bukan lagi perang persepsi. Ianya memerlukan fight, tackle dan caunter isu dengan fakta.

Perang saraflah perkara penting dalam mendepani masalah ini. Perang saraf memerlukan masa untuk dipelajari. Ilmu yang diperolehi  seterusnya boleh digunakan untuk membantu operasi perang saraf menjadi efektif.

Media sosial dan media arus perdana hanya ruang untuk menyampaikan maklumat, mesej atau berita. 

*Kajian persepsi menjadi senjata perang saraf*

Sebagai jentera cyber troper BN seharusnya kita faham apakah target yang harus kita sasarkan. Sasaran kita akan mengubah persepsi pengundi setempat.

Seharusnya lebih banyak propaganda tentang pencapaian pembangkang Setempat. Dikampung-kampung orang kurang ambil tahu isu nasional. fokus dengan kegagalan pembangkang walaupun ada beberapa tempat mereka telah menang. Apa yang mereka buat?

Jangan buang masa dgn hanya menjawab fitnah pembangkang.

Sebarkan maklumat dan masej pada pengundin atas pagar bukan hanya penyokong tegar BN. Mereka telah menyokong kita.

Persoalan yang boleh dicetuskan contohnya

Apa pembangkang terutamanya YB Dari DAP buat di Stulang ?

Kenapa Adun Johor Jaya susah nak jumpa!. ramai orang tak kenal pun.

Bagaimana persengketaan dalaman DAP johor?

Ramai ahli PBBM Gelang patah sudah berpaling tadah.

Pengkhianatan ahli Amanah terhadap PAS. Kalau kawan pun mereka boleh khianat apa tah lagi rakyat.

Bagaimana mungkin Hj Salahuddin Ayub mahu bertanding di bakri sedangkan dia orang luar.

*Semua serangan media kepada pembangkang semata-mata untuk menukar persepsi pengundi. BN tetap menang dan apa gunanya memberi undi kepada pembangkang*

Fokuslah dengan DUN dan Parlimen masing-masing.

Sahabat-sahabat bantulah buatkan video, gambar, tulisan yang lebih bersifat tempatan dan targetnya adalah pengundi tempatan.

Banyak lagi yang perlu kita buat. Banyak lagi yang perlu kita lakukan. Saya yakin anda telahpun melakukan yang terbaik untuk membantu BN menang besar.

Terima kasih dan mohon maaf.
Adam bin Sumiru

UMNO Bhg Johor Bahru.

No responses yet

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply