Oct 27 2017

Bajet 2018 – bajet menyeluruh

Published by at 9:09 pm under Uncategorized

Bajet menyeluruh

KUALA LUMPUR 27 Okt. –

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan 12 perkara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 hari ini, khabar gembira kepada para penjawat awam. ?

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, walaupun pengumuman tersebut tidak melibatkan sebarang kenaikan gaji dan elaun seperti diminta, namun kesatuan yakin penjawat awam berasa lega dan selesa dengan pengumuman bajet tersebut.

Lebih-lebih lagi mengenai bayaran khas sebanyak RM1,500 namun kita berharap bayaran sebanyak RM500 untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dapat ditambah jika negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada tahun hadapan,” katanya kepada Utusan Online. ?

Azih berkata, kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama memberikan peluang kepada penjawat meningkatkan pendapatan mereka. ?

“Walaupun ia mungkin tidak berlaku pada tahun hadapan, namun peluang kenaikan pangkat seperti ini memberikan inspirasi dan motivasi kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan baik,” katanya. ?

Selain itu pertambahan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun juga disifatkan hadiah yang cukup bermakna kepada para guru. ?

“Selama ini mereka terpaksa juga bekerja walaupun semasa cuti sekolah maka dengan adanya pertambahan cuti rehat khas ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru kita,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha melihat bajet tersebut meliputi kehendak hampir semua pihak dan memberi peluang semua lapisan rakyat menikmati hasil kekayaan negara.

“Bajet 2018 bersifat inklusif dan menawarkan banyak peluang kepada generasi muda untuk berjaya dalam kehidupan seperti pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

“Justeru, kami menyeru semua belia mengambil peluang yang ditawarkan oleh kerajaan untuk memajukan diri dan kehidupan mereka pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menyemak kembali laporan bajet untuk melihat peruntukan pentadbiran dan pembangunan belia dan akan melakukan rayuan untuk mendapatkannya demi manfaat belia. – UTUSAN ONLINE

No responses yet

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply