Mar 10 2009

SETAHUN KHIDMAT YB ABS

Published by admin at 12:58 pm under Uncategorized

1 TAHUN KHIDMAT YB TN HJ ADAM SUMIRU.(YB ABS)

 

 

8 Mac 2009 genap setahun khidmat wakil rakyat N 44 DUN Tg Puteri Johor Bahru dari Barisan Nasional dalam Parlimen Johor Bahru.

 

Sebagai wakil rakyat YB ABS telah melaksanakan apa jua yang terdaya olehnya,  bagi memenuhi kehendak pengundi pengundi di N 44 DUN Tg Puteri.

Antaranya ialah : –

 

1. Program 1 rumah 1 guru al quran.

2. Program keluarga Sakinah.

3. RM 300 untuk satu surau di DUN Tg Puteri.

4. Program Ko-kurikulum Kelab Media & Radio Sekolah.

5.  Pasukan Sukarela Cuci Tandas Surau.

6. Rombangan belajar yasin ke surau2.

 

Disamping itu banyak kerja2 kemasyarkatan yang lain dilakukan oleh beliau, saperti lawatan mangsa kebakaran, memberi bantuan, melihat masalah kawasan DUN Tg Puteri dan banyak lagi semua ini boleh dilihat melalui www.tgputeri.com.

 

Memang tak dapat dinafikan dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat tentulah timbul pelbagai rasa tidak puas hati dikalangan pengundi pengundi namum demikian YB ABS cuba sebaik mungkin bagi memenuhi kehendak rakyat di DUN Tg Puteri ini.

 

Dalam tempuh setahun ini YB ABS  melakukan tugas seharian di PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT NO 16A, JLN SURIA 19, TMN PUTERA 81100 JOHOR BAHRU.

 

Dalam perekembangan dunia teknologi – IT masa kini terdapat keperluan bagi membolehkan sistem penyampaian kerajaan terus sampai kepada rakyat atau pengundi, untuk itu YB ABS mengorak langkah memenuhi kehendak generasi muda atau IT ini dimana  DUN TG PUTERI akan mempunyai sebuah PUSAT PENYIARAN MAYA / atau INTERNET RADIO diberi nama ’’fuhyoofm’’ yang mana akan memulakan siaranya selama 8 jam sehari.

 

’’FUHYOOFM’’ telah pun melakukan pra pelancaran siarannya pada 9 Mac 2009 dengan diterajui oleh pelajar pelajar sekolah yang telah mengadakan program ko-kurikulum ’’KELAB MEDIA DAN RADIO SEKOLAH’’ Khasnya di DUN TG PUTERI ini.

 

Siaran ini boleh diikuti dengan melayari laman www.fuhyoofm.com. Atau melayari www.tgputeri.com

pelbagai info dapat disampaikan melalui siarannya nanti.  Para pengundi dan penduduk di DUN TG PUTERI yang gemar melayri internet boleh mengunakan kaedah ini  bagi menyampaikan maklum balas kepada YB ABS sebagai wakil rakyat dikawasan anda.

 

Jadi berikan pandangan dan saranan tuan tuan dan puan puan melalui laman www.tgputeri.com atau emailkan kepada YB ABS di = tgputeri@ymail.com tak kira dari mana suara anda semua datang sama ada dari pihak barisan nasional sendiri mahu pun dari pembangkang yang penting kepada beliau ialah  pembangunan DUN Tg Puteri lebih utama dan seluruh pengundi berpuas hati atas khidmat yang diberikan.

One response so far

One Response to “SETAHUN KHIDMAT YB ABS”

  1. elhamon 13 Mar 2009 at 1:14 pm

    salam yb, tahniah diam tak diam setahun yb berkhidmat saya kagum dengan yb kerana sikap yb yang ”low profile” tapi buat kerja yang cukup hebat.

    nak nilai kerja tu tak susuh, walau pun keja tu mudah dan lebih kepada masyarakat tapi kesan dia mendalam, jadi yb teruskan saya suka cara yb buat ada siaran radio internet ni…sekarang ni..kanak kanak sekolah tak kira umur ni asyik ke kedai cyber cafe main game..aje…dia tak tau ada laman yang boleh belajar…syabas yb..mudah2an usaha yb dapat berkat…

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply