Mar 09 2010
AKTIVITI YB ABS.
PROGRAM LAWATAN KE SURAU SURAU DALAM PARLIMEN JOHOR BAHRU.
Pada 2 Mac 2010, yang lalu bersamaan 16 R’Awal 1431 H, program lawatan ke surau surau dalam Parlimen Johor Bahru diadakan di surau Bayu Puteri 2, Taman Bayu Puteri. Yb ABS menghadiri sesi lawatan ini dan selepas solat maghrib surau berkenaan mengadakan kelas fardu ain, oleh ustaz Hj Sadikan, imam masjid kg kurnia. Selesai solat isya majlis bersama jemaah diadakan, dimajlis ini pelbagai isu dibangkitkan dan semua perkara yang ditimbulkan diberi perhatian oleh YB ABS dan jawatakuasa yang berkenaan.
Diantara yang turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Kampung Bakar Batu Tn Hj Abdullah Abd Rahman, Ketua UMNO Cawangan Tok Siak, Pengerusi Surau Bayu Puteri Tn Hj Munir Suradi. Harapan YB ABS kepada semua yang hadir pada program ini agar dapat memberikan tumpuan kepada permasalahan yang dibangkitkan oleh jemaah dan jemaah disarankan supaya dapat mengimarahkan surau dalam semua aktiviti.







