Jan 21 2010
Aktiviti YB AbS
Lawatan ke Surau dalam DUN Tg Puteri.
Pada 19 Janauri 2010 , saperti dijadualkan lawatan kali ini dilakukan ke Surau Hj Omar Jln Perling Larkin Jaya. Saya dan ahli rombongan yang terdiri dari Ahli Majlis Bandaraya Zon Larkin Sdr Mohd Khalid Mohamad, Ketua Kampong Zon Larkin dan BBU Sdra R.Azmi, Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Johor Bahru merangkap Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru Zon BBU Tn Hj Sunawan, Sdra Azman Dawam Pengerusi Tunas Bakti merangkap Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru Zon Kg Melayu.
Sdra Md Fauzi dari Penggerak Koperasi dan juga Ahli 2 Jawatankuasa UMNO Bahagian Johor Bahru.
Majlis bermula dengan solat maghrib selesai solat maghrib majlis ramah mesra bersama para jemaah berlangsung, beberapa orang dari anggota rombongan mengambil bahagian dalam memberikan penerangan kepada jemaah yang hadir.
Sesi soal jawab diadakan banyak perkara dibangkitkan oleh jemaah, semuanya akan diambil tindakan oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bhg Johor Bahru, Ahli Majlis MBJB dan yang lain. Harapan saya semangat yang ditunjukan oleh ahli jawatankuasa surau ini perlu dicontohi, semua ini adalah berkat sabar dan kerja berpasukan.









