Jan
21
2010
Lawatan ke Surau dalam DUN Tg Puteri.
Pada 19 Janauri 2010 , saperti dijadualkan lawatan kali ini dilakukan ke Surau Hj Omar Jln Perling Larkin Jaya. Saya dan ahli rombongan yang terdiri dari Ahli Majlis Bandaraya Zon Larkin Sdr Mohd Khalid Mohamad, Ketua Kampong Zon Larkin dan BBU Sdra R.Azmi, Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Johor Bahru merangkap Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru Zon BBU Tn Hj Sunawan, Sdra Azman Dawam Pengerusi Tunas Bakti merangkap Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru Zon Kg Melayu.
Sdra Md Fauzi dari Penggerak Koperasi dan juga Ahli 2 Jawatankuasa UMNO Bahagian Johor Bahru.
Majlis bermula dengan solat maghrib selesai solat maghrib majlis ramah mesra bersama para jemaah berlangsung, beberapa orang dari anggota rombongan mengambil bahagian dalam memberikan penerangan kepada jemaah yang hadir.
Sesi soal jawab diadakan banyak perkara dibangkitkan oleh jemaah, semuanya akan diambil tindakan oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bhg Johor Bahru, Ahli Majlis MBJB dan yang lain. Harapan saya semangat yang ditunjukan oleh ahli jawatankuasa surau ini perlu dicontohi, semua ini adalah berkat sabar dan kerja berpasukan.

Setelah selesai solat..

YB sedang berucap

YB sedang berucap..

Giliran Tok Ketua pula memberi ucapan..

Tuan. Haji Sunawan juga tidak melepaskan peluang...

giliran En. Khalid selaku ahli majlis MBJB pula berucap..

antara jemaah wanita yang hadir..

tentu ada yang menarik diperkatakan tu..
Jan
21
2010
17hb Januari 2010 hari Ahad lebih kurang jam 9.00 pagi Yang Berhormat Ahli Parlimen Johor Bahru Dato’ Shahrir Samad dan YB Tuan Haji Adam Sumiru serta ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru, Ketua Umno Cawangan Sepakat, SWM dan Ketua-ketua Masyarakat serta penduduk- penduduk Jalan Berkat Kampung Melayu Majidee bergotong royong merbersihkan dua buah rumah yang terbakar baru-baru ini.
Rumah yang terbakar di No. 3, Jalan Berkat, Kampung Melayu Majidee. Penghuninya Puan Mawiye dan Puan Asiah.
Semangat turun padang ini adalah sesuatu yang diamalkan oleh Pemimpin-pemimpin Umno Johor Bahru.
(Lihat gambar dibawah)

YB kata 'kita minum dulu sebelum kerja'

"KITA MINUM DULU"

rangka & tiang dirobohkan dengan mengunakan jentolak

Dato' janganlah serius sangat ye tok..

bila Dato' Shahrir dah turun padang..

sempat adu masalah kepada Dato'...
Continue Reading »
Jan
21
2010
Lawatan mengejut Ahli Parlimen Johor Bahru Yang Berhormat Dato’ Shahrir Samad dan YB Adam Sumiru ke tapak perniagaan berdekatan Pasaraya Mydin di Padi Mas BBU pada 15hb Januari 2010 lebih kurang 4.00 petang kerana aduan para peniaga lima gerai yang mana pihak MBJB akan merobohkan. Tinjauan mengejut ini dibuat bagi melihat sendiri kenapa timbul masalah ini.

ketibaan mengejut YB

Dato' Shahrir sedang meninjau kawasan

masalah berbangkit

kawasan masalah ditinjau

wakil dari MBJB memberi penerangan
Continue Reading »
Jan
20
2010
HARI JUMAAT 15 JANUARI 2010 BERTEMPAT DI MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA BERLANGSUNG MAJLIS PERASMIAN KIOSK KARIAH DAN EBC BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD OLEH YANG BERHORMAT DATO’SHAHRIR SAMAD.

yb Dato Shahrir sdg berucap
Kiosk Kariah merupakan antara perniagaan yang diuruskan oleh Koperasi Masjid Jamek Bandar Baru Uda Johor Bahru Berhad dengan menjual peralatan ibadah dan makanan ringan. Mesin EBC atau Electronic Banking Centre kepunyaan Bank Islam Malaysia Berhad menyediakan perkhidmatan kepada kariah untuk urusan perbankan yang berurusan 24 jam.
Kedua-dua kiosk ini terletak bersebelahan bangunan induk masjid dan telah dibina dengan kerjasama Khir Arkitek serta IOS Resources Sdn Berhad.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato’ Shahrir Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru selepas solat Jumaat yang baru lalu. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Yang Berhormat Tn Hj Adam Sumiru ADUN Tg Puteri , Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh, Pengurus Besar Perhubungan Strategik Bank Islam Malaysia Berhad.
Bersempena dengan majlis perasmian, Yayasan Restu Malaysia bersama Yayasan Warisan Johor telah mengadakan pamiran seni khat dan pamiran seni Islam.

antara tetamu VIP

Dato'Wan Ismail Wan Yusof dari Bank Islam sedang berucap

antara tetamu yang hadir

antara tematu wanita yang hadir
Continue Reading »
Jan
15
2010
TADIKA KEMAS JALAN PADI 4 BBU – DI CEROBOH. (13 JAN 2010)
Baru 10 hari bermula sesi persekolahan, sebuah tadika Kemas dalam DUN Tg Puteri terletak di Jalan Padi 4 Bandar Baru Uda DI MASUKI PENCURI. Kejadian disedari oleh Guru tadika berkenaan.

ini adalah tadika kemas di jln padi 4 BBU

keceriaan tadika kemas
Satu Laporan Polis telah dibuat,
En Sharul setiausaha Kemas Jln Padi 4 dan Hjh Zaleha Jamil Penyelia kanan Kemas Johor Bahru berada di tadika tersebut dan saya ( YB. ABS) dapat melihat sendiri kesan pecah masuk ke kawasan kemas tersebut. Antara barang yang hilang satu set komputer dan vcd palyer. Kepada pihak polis diharapkan pejenayah ini dapat di tangkap dan didakwa.

pencuri masuk ke tadika melalaui tingkap ini

ruang tingkap yang dipecah masuk oleh pencuri

yb ABS,s/u kemas,penyelia kemas & pegawai polis

yb ABS serius dengar penerangan pegawai polis.

insyaallah yb ABS akan bantu.