Archive for March, 2009

Mar 30 2009

AKTIVITI YB

Published by admin under Uncategorized

 

KARNIVAL RAKAN MEDIA 2009.

 

 

Satu karnival diberi nama ‘’KARNIVAL RAKAN MEDIA’’ 2009 akan diadakan di KAMPUS UiTM BANDARAYA JOHOR BAHRU anjuran bersama UiTM dan ADUN TG PUETRI serta FITRAH MEDIA ENTERPRISE –Fme.

 

Karnival akan berlangsung pada 4 APRIL 2009 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.  Gabungan 3 badan ini adalah untuk menyemarakan lagi kegiatan ko-kurikulum sekolah di negeri Johor dalam bidang MEDIA & PENYIARAN.

 

Cetusan idea menjayakan karnival ini adalah dari usaha berterusan AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR KAWASAN TG PUTERI – YB TN HJ ADAM SUMIRU.  (lihat laman web = www.tgputeri.com ) sehingga ini 4 buah sekolah dikawasan DUN Tg Puteri telah menjayakan kegiatan ko-kurikulum ‘’KELAB MEDIA & RADIO SEKOLAH’’ dengan sokongan beliau mendapatkan bantuan dari Pejabat Menteri Besar Johor.

 

Sekolah tersebut ialah SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SURIA, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU UDA, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST JOSEPH (B) tak ketinggalan juga SEKOLAH MENENGAH PEREMPUAN SULTAN IBRAHIM (SIGS).

 

   

Uniknya program ini ialah penyampai atau dj, pembaca berita, penerbit dan juruteknik adalah dari kalangan pelajar yang menyertai ‘’KELAB MEDIA ‘’ sekolah berkenaan.(lihat laman web= www.fitrahmedia.webs.com )

 

KARNIVAL RAKAN MEDIA – ini akan menyaksikan satu pertandingan diantara sekolah sekolah yang telah menjalankan kegiatan ko-kurikulum program berkenan dimana ianya nanti diadili oleh panel yang terdiri dari dj dari stesen radio di Negeri Johor ini serta dari kalangan mereka yang ada pengalaman dibidang penyiaran.

 

Semua sekolah di sekitar bandaraya Johor Bahru dijemput hadir ke KAMPUS UiTM BANDARAYA JOHOR BAHRU pada masa dan tarikh diatas bagi melihat sendiri bagaimana acara berkenaan dijalankan..

 

RADIO INTERNET ‘’FUHYOOFM. (layari = www.fuhyoofm.com)

 

Pada hari tersebut juga satu majlis pelancaran radio internet yang diberi nama ‘’FUHYOOFM’’ akan diadakan ‘’FUHYOOFM’’ akan bersiaran dari tapak karnival.

 

Selepas majlis pelancaran siaran radio internet’’FUHYOOFM’’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Penyaiaran Maya di Bandaraya Johor Bahru, selama 8 jam sehari dari 10.00 pagi hingga 6.00 ptg, dengan tagline- ’lebih berilmu dan berinformasi’’…

 

Pengisian program adalah berkonsepkan pendidikan, saperti bahasa inggeris di fuhyoofm, matematik difuhyoofm , bahasa arab atau jqaf difuhyoofm…dan mata pelajaran yang lain.

 

Misi ‘’fuhyoofm’’ adalah menjadikan siaran ini sebagai satu pilihan dikalangan pelajar yang kerap ke kedai ‘’cyber café’’ atau disebut ‘’  CC’’ …dimana tidak lagi hanya bermain game atau melayari perkara perkara yang tidak berfaedah, sebaliknya melayari laman = www.fuhyoofm.com.

 

Visi nya pula menggalakan para pelajar dan semua pihak kearah penggunan teknologi maklumat ICT.  Untuk menjadi sebuah Negara maju kita perlu bersaing dan menimba pengetahuan dibidang multimedia serta penyiaran / broadcasting. Kepada ibu bapa guru guru dan para pelajar anda boleh mendengar siaran radio internet ini dengan melayari laman www.fuhyoofm.com.

 

 

Dengarkan -

 

 

                  www.fuhyoofm.com

 

 

No responses yet

Mar 24 2009

AKTIVITI YB

Published by admin under Uncategorized

TAJAAN AKHBAR BAHASA INGGERIS – New Straits Times.

Pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan kefahaman bahasa inggeris dikalangan pelajar sekolah kebangsan di DUN TG PUETRI ,  untuk itu YB ABS tidak ketinggalan menaja  akhbar berbahasa inggeris NST kepada sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari Kg Melayu, Johor Bahru dan Sekolah Kebangsaan Taman Suria Johor Bahru.

Tajaan akhbar berkenaan bermula setiap hari Isnin pada bulan APRIL 2009 sepanjang setahun.

YB ABS berharap Guru Besar dan warga pendidik sekolah berkenan dapat menggunakan akhbar berkenaan sebagai bahan bantu mengajar kepada pelajar pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam penguasaan bahasa inggeris.

BAHASA INGGERIS BAHASA ILMU,
ADUN TG PUTERI SEDIA MEMBANTU.

No responses yet

Mar 23 2009

GENERAL INFO

Published by admin under Uncategorized

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

DENGAN PEMBIAYAAN MARA.

 

Pelajar pelajar lepasan SPM sila hadirkan diri untuk sesi taklimat dan temuduga bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang – KEJURUTERAAN & BIOTEC – TWINING 2+2 M’SIA+USA. Temuduga & taklimat pada hari SABTU – 4 April 2009 di KOLEJ UNIVERSITI TECH PARK BKT JALIL KUALA LUMPUR, mulai JAM 10.00 PAGI.

 

Juga pada pelajar SPM satu taklimat dan temuduga bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang  - MEDIKAL/DENTAL & FARMASI  ke MESIR.   Pada hari AHAD – 5 April 2009 di KOLEJ UNIVERSITI TECH PARK BKT JALIL KUALA LUMPUR  mulai Jam 10.00 PAGI. Bawa bersama result SPM dan My kad.

 

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI……!!!

 

 

 

No responses yet

Mar 20 2009

GENERAL INFO

Published by admin under Uncategorized

 

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Timbalan Ketua Polis Johor yang baru.

 

Ahli dewan Undangan Negeri Kawasan Tg Puteri YB Tuan Haji Adam Sumiru, mengucapkan selamat datang selamat menjalankan tugas kepada Datuk Jalaluddin Abdul Rahman bekas Timbalan Ketua Polis Terengganu yang memulakan tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Johor hari ini.

 

Semuga pengalaman beliau semasa di Terengganu itu dapat dipergunakan bagi memerangi jenayah di negeri Johor ini. YB ABS berkata bagi pihak beliau dan seluruh warga DUN TG PUTERI akan bekerja sama dengan beliau dan juga semua pegawai polis di negeri Johor ini, demi keamanan dan keselamatan di DUN TG PUTERI dan negeri Johor khasnya.

No responses yet

Mar 20 2009

GENERAL INFO

Published by admin under Uncategorized

 

Datuk Jalaluddin Mulakan Tugas Timbalan Ketua Polis Johor.

JOHOR BAHARU, 20 Mac (Bernama)

Bekas Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini menerima tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Johor yang baru menggantikan Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Majlis serah terima tugas berlangsung pada satu istiadat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini disaksikan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Datuk Jalaluddin, yang menyertai Polis Diraja Malaysia pada 1977, pernah berkhidmat sebagai Komander Pasukan Gerakan Marin sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu pada September 2007.

Berucap pada majlis itu, beliau berjanji akan menggunakan segala pengalamannya untuk memerangi jenayah di Johor.

“Kadar jenayah di Johor agak tinggi berbanding di Terengganu, tetapi dengan pengalaman dan kerjasama dari semua Ketua Polis Daerah, saya yakin dapat membantu matlamat mengurangkan jenayah di negeri ini,” katanya.

– BERNAMA

 

No responses yet

Next »