Archive for January, 2009

Jan 30 2009

LAWATAN YB ADAM ke PUSAT PENYIARAN MAYA FMe Radio Di Johor Bahru.

Published by admin under Uncategorized

Hari Jumaat 30 Jan 2009 bersamaan 3 safar 1430 H, jam 11.30 pagi Yb sempat melawat Pusat Penyiaran Maya Fme Radio,FuhyooFM di Bandaraya Johor Bahru melihat sendiri warga Fme membuat persiapan untuk latihan bersiaran secara maya/online.

Semasa Yb sampai ke studio maya Fme dj hazieq sedang ”onair” manakala dj nash koodinatur IT Fme sedang memberikan penerangan kepada bro badd, dj senja / dawn dan Hbo mengenai penggunaan sistem ‘’shoutcast” , kalangan warga Fme amat terkejut dengan kunjungan Yb Adam.

Lawatan itu memberikan semangat kepada semua warga Fme, YB Adam diberikan taklimat oleh Hbo mengenai perjalanan Pusat Penyiaran Maya Fme dan bagaimana Fme radio,FuhyooFM beroperasi.

ada sesuatu yang menarik perhatian Yb tu...!

ada sesuatu yang menarik perhatian Yb tu...!

Siaran percubaan ini dilakukan untuk mendedahkan kepada para petugas Fme akan keadaan ganguan siaran jika berlaku dan apa pula langkah langkah persediaan baikpulih secara maya. Kesemua permasalahan ini perlu dikenalpasti oleh setiap petugas di Jabatan Rancangan Fme khasnya Dj bertugas.  Siaran percubaan / ujian siaran ”test run” ini dibuat secara berkala dan disiarankan dalam jangka masa 5 hingga 6 jam sesiaran dengan dj bertugas atau tanpa dj bertugas. Ujian siaran ini akan diteruskan dari masa kesemasa. Anda boleh mengikuti siaran ini melalui = www.fitrahmedia.webs.com/ dan klik di ‘’siaran boleh diikuti.

yb bersama tetamu

yb bersama tetamu

dj hazieq dan dj amir

dj hazieq dan dj amir

yb jadi dj

yb jadi dj

seriusnya dj tu...!

seriusnya dj tu...!

dj amir sedang dilatih

dj amir sedang dilatih

seriusnya dj nash

seriusnya dj nash

hbo memberikan penerangan kepada yb Adam

hbo memberikan penerangan kepada yb Adam

Diakhir lawatan mengejut dan singkat tetapi penuh dengan sokongan dan saranan Yb Adam mencadangkan supaya Fme radio diberi nama yang menarik dan ianya boleh menjadi sebutan dan usikan para remaja dan juga dewasa kata Yb ” saya namakan ”fuhyoo fm” sambil ketawa dan senyum beliau berkata jika nama ini menjadi buah mulut orang ramai maka ianya akan mempunyai pendengar yang ramai.

Yb Adam menambah ” saya yakin para pelajar sekolah rendah, menengah, pelajar di kolej IPTA dan IPTS akan memilih siaran radio internet ini khasnya ‘fuhyoo fm” ini kerana konsep siaranya yang memberikan penekanan kepada pendidikan dan juga hiburan sesuai dengan ”trade marknya” BERILMU DAN BERINFORMASI.

Warga kerja Fme berterima kasih kepada Yb Adam diatas ingatan , panduan serta nasihat yang diberikan.

No responses yet

Jan 24 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2009

Published by admin under Uncategorized

Saya YB Hj Adam Sumiru dan isteri Hjh Latipah Md Dom serta ahli keluarga saya mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di Dun Tg Puteri serta di Parlimen Johor Bahru dan seluruh negara amnya. Semuga perayaan kali ini akan memberikan harapan baru terhadap hubungan baik sesama kita dan mengekalkan perpaduan selamanya.

No responses yet

Jan 09 2009

GALERI YB

Published by admin under Uncategorized

PERLAWANAN AKHIR LIGA BOLASEPAK KG MELAYU 2008.

3 JAN 2009 DI PADANG KG MELAYU.

 

 

No responses yet

Jan 09 2009

GALERI YB

Published by admin under Uncategorized

MAJLIS PERASMIAN Smart Reader Kids Taman Suria – 3 Jan 2009.

     

No responses yet

Jan 08 2009

KOMENTAR YB ADAM

Published by admin under Uncategorized

 

Perubahan Warta Perdana TV 1 jam 9 Malam.

 

 

Merujuk kepada satu kenyataan akhbar oleh Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chek pada 6 Jan 2009 yang menyatakan perubahan Warta Perdana RTM TV1 dari jam 8 malam ke 9 malam adalah untuk memberi ruang dan pilihan saluran berita kepada penonton.

 

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada RTM, perubahan itu amat tepat dan menepati kehendak orang ramai khususnya masyarakat islam yang pada ketika waktu isyak masih berada di masjid dan surau, kini pada jam 9 malam mereka masih dapat mengikuti siaran warta perdana melalui RTM TV1 apabila selesai berjemaah di masjid dan surau.

 

Inilah perubahan yang ditunggu2 selama ini, kerana Warta Perdana RTM TV I mempunyai penontonnya yang tersendiri, kerana siaran berita ini mempunyai nilai dan siaranya tidak berat sebelah dan tidak terlalu mementingkan komersial.

 

Maka tepatlah slogan RTM 1 sekarang iaitu ‘’ saluran berinformasi’’

 

 

 

 

 

No responses yet

Next »