Archive for November, 2008

Nov 28 2008

AKTIVITI YB

Published by admin under Aktiviti

 

KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH DENGAN

KERJASAMA YB ADAM SUMIRU- ADUN TANJUNG

PUTERI.

Sejak menjadi wakil rakyat pada bulan mac 2008, Yb Adam Sumiru telah menunjukan minat yang mendalam terhadap kegiatan kokurikulum disekolah sekolah disekitar Johor Bahru dan dikawasan Dun Tg Puteri. 

 

 

Minat Yb itu bermula apabila beliau menyarankan kepada PIBG Sk Taman Suria semasa beliau menjadi Naib Pengerusi PIBG sekolah berkenaan supaya menjalakan kegaiatan ‘’KELAB MEDIA’’ disekolah tersebut. Cadangan itu disambut oleh pengurusan sekolah SK TAMAN SURIA dan seterusnya rundingan diadakan dengan perunding program kokurikulum KELAB MEDIA itu.

Fitrah Meida Enterprise – ‘FMe’ merupakan syarikat yang mengendalikan kursus dan khidmat nasihat untuk program kokurikulum KELAB MEDIA dan RADIO SEKOLAH.  SK Taman Suria merupakan sekolah ke 5 yang menjalankan program kokurikulum Kelab Media dan Radio Sekolah di daerah Johor Bahru.

 APA ITU KELAB MEDIA DAN RADIO SEKOLAH ?

Program kokurikulum ini bertujuan menyahut seruan Kementerian Pelajaran beteraskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan –PIPP, yang bertujuan memperkasakan sekolah kebangsaan dan menengah kebangsan serta meningkatkan modal insan pelajar dalam semua bidang pendidikan.

Ianya merupakan satu wadah pendidikan dari gabungan pemikir syarikat swasta yang inovatif dan selaras dengan PELAN INDUK PENDIDIKAN KEBANGSAAN – PIPP.  Melalui program ini pelajar didedahkan kepada bidang penyiaran yang kini mula mendapat tempat di Negara kita.

Penyiaran tidak hanya tertumpu kepada penerbitan sahaja, kini penyiaran sudah memasuki era yang lebih luas dan terbuka radio, tv, interent dan apa jua maklumat kini hanya dihujung jari kita.

Sehinggakan kerajaan juga memberikan perhatian kepada sistem penyampaian kerajaan disemua jabatan dan kementerian diseluruh Negara.

Bedasarkan kenyataan itu Yb Adam memberi penekanan kepada kegiatan kokurikulum sekolah yang ada hubungkait dengan penyiaran kepada pelajar sekolah kebangsaan dan menegah kebangsaan khasnya di DUN Tg Puteri dan diseluruh negeri Johor amnya. 

Katanya ‘jika sistem penyampaian Negara beri penambahabaikan, maka kesempuraan sistem itu perlu bermula dari sekolah’  Para pelajar sekolah yang menyertai program kokurikulum ini diberi pendedahan mengenai penyiaran ‘ broadcasting’dari seawal peringkat asas sehingga mereka mampu‘ explore’ bidang berkenaan.

Pada peringakat awal pelajar sekolah menjadi ahli Kelab Media sekolah mereka dan diberikan Kursus Asas mengenai  penyiaran ‘’broadcasting’’ dan  segala yang berkaiatan dengan dunia penyiaran Negara, selepas itu satu prasarana lengakap diadakan di sekolah berkenaan dengan mengadakan sebuah mini studio yang akan membolehkan sekolah berkenaan mempunyai sebuah stesen Radio Sekolah yang bersiaran secara  SIARAN DALAMAN SEKOLAH  / IN HOUSE BROADCASTING.

Kursus yang diberikan bukan sahaja kepada pelajar sekolah berkenaan malah ianya diberikan juga kepada guru guru yang terlibat secara langsung dengan Kelab Media.  Kursus Asas Penyiaran yang diadakan adalah untuk membentuk pelajar menjadi seorang :-

 1.                 Juruhebah/Dj.

2.                 Pembaca Berita.

3.                 Penyunting Berita.

4.                 Penerbit Rancangan.

5.                 Pengulas.

6.                 Juruteknik dll.

 

Kesemua ini adalah ‘’peluang kerjaya’’ yang ditawarkan oleh bidang penyiaran dinegara kita dan diluar Negara. Akhrinya nanti pelajar mula mengintai peluang selepas tamat sekolah diperingkat menengah dan menjadikan bidang penyairan sebagai satu pilihan untuk melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi dalam dunia penyiaran Negara atau apa yang disebut nak jadi orang media.

  

KOODINATUR KURSUS

Team Koodinatur Fme ini adalah mereka yang berasal dari bidang penyairan/broadcasting dan dari kalangan Penyiar Negara yang telah mencipta nama didalam bidang penyiaran. Koodinatur utama team FMe adalah :-

 

 

 

 

 

SEKOLAH SEKOLAH YANG TELAH MEMULAKAN PROGRAM KOKURIKULM INI

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Molek -       APRIL 2006

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas  -       MEI 2006

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Puteri    -        JUN 2006

 

Sekolah Kebangsaan Sri Intan Kluang              -        JULAI 2007

 

Sekolah Kebangsaan Tmn Suria                       -       FEB 2008              

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda  -        OGOS 2008

 

Sekolah Menegah Kebangsaan St Joseph (B)          -      SEPT  2008

 

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim -     awal 2009.

 

 

 

KOLEJ PERTAMA YANG MEMULAKAN PROGRAM KOKURIKULUM INI

 

Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ)                -        MAC 2007

(diharapkan KYPJ akan menyambung semula program ini pada tahun 2009).

  

 

SEKOLAH YANG SEDANG MENUNGGU KELULUSAN IALAH

 

1.                 Sekolah Kebangsaan Sri Teberau

2.                 Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir

3.                 Sekolah Menengah Dato Jafaar

4.                 Sekolah Menengah Kebangsan Agama Johor Bahru

5.                 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah

 

Nota :-

 

jika kesemua sekolah diatas berjaya menjalankan kegaitan program kokurikulum berkenaan maka misi dan visi Yb Adam Sumiru terhadap pentingnya ‘’penyiaran/broadcasting’’ itu akan tercapai, sesunggohnya keperhatinan Yb Adam terhadap program berkenaan amat mendalam dan setiap sekolah yang memohon mendapatkan bantuan prasarana kelengkapan peralatan mini studio disekolah yang berkenaan mendapat sokongan beliau.

 

Pada tahun 2009 Yb Adam akan melakukan lawatan kesetiap sekolah yang telah menjalankan program kokurikulum KELAB MEDIA dan RADIO SEKOLAH bagi melihat sendiri perkembangan perjalanan program itu.  Diantara sekolah yang akan dilawati ialah ;-

 

1.                 Sekolah Menengah Kebangsan Bandar Baru Uda.

2.                 Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph (B) Larkin.

 

Kedua dua sekolah ini merupakan sekolah yang mendapat peruntukan kerajaan negeri Johor dari bantuan dan sokongan beliau.  Harapan Yb Adam semuga program ini menjadi pemangkin kepada pengisian program kokurikulum yang bersepadu oleh kementerian pelajaran pada tahun 2009 selaras dengan matlamat PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN – PIPP.

Gambar gambar kenangan sekolah yang telah menjalankan program kokurikulum ’KELAB MEDIA & RADIO SEKOLAH’ disekitar Johor Bahru.

 

 

 

 

 KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR – MAC 2007

(Kolej pertama mengadakan KURSUS ASAS PENYIARAN untuk pelajarnya)

 

 

 

 

PELAJAR INI ADALAH ANTARA PELAJAR YANG BERJAYA DIBIDANG PENYIARAN NEGARA APABILA BELIAU BERJAYA MENJADI ‘’penyampai/dj’’ bagi rancangan ‘’REMAJA’’ di RTM JOHOR.

Mohd Hazieq bin Mohd Sanat

pelajar tingkatan 4 SMK IMPIAN EMAS JOHOR BAHRU.

(pelajar ini menjadi penyampai/dj di STESEN RADIO RTM JOHOR  mengendalikan rancangan ‘’REMAJA’’ yang bersiaran setiap hari SABTU jam 2.00 ptg – bermula TAHUN 2007 hingga berita ini ditulis).

No responses yet

Nov 12 2008

AKTIVITI YB

Published by admin under Aktiviti

SUKARELAWAN PEMBERSIHAN MASJID DAN SURAU

DUN TANJUNG PUTERI

 

 

Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Tanjung Puteri (N44)

YB Adam Sumiru telah mewujudkan satu pasukan sukarelawan pembersihan masjid dan surau di DUN TG Puteri.

 

Pasukan Sukarelawan ini terdiri dari :-

Penaung      :-       YB ADAM SUMIRU

Urusetia      :-       En Ahmad Azam bin Mohd Sharif

                             En Nordin bin Sumiru

                             En Kamaludin bin Ahmad

                             En Zuraihan bin Mansor

                             En Hamdan bin Baharum

                            

Antara lain wujudnya pasukan ini adalah untuk melaksanakan kerja kerja amal, pembersihan kawasan bilik air, tempat mengambil wuduk, dan membaiki kerosakan kecil di masjid dan surau berkenaan.

 

Justeru itu ianya bermatlamatkan, menjalin semangat kerjasama serta mengukuhkan silatulrahim sesama ahli kariah masjid atau pun surau dalam kerja kerja sukarela ini.

 

Kos kerja kerja yang dibuat oleh pasukan ini dibiayai berdasarkan sukarela dan sumbangan ikhlas oleh pelbagai pihak dan individu yang ingin membuat kebajikan.  Sejak diadakan lebih kurang 6 bulan lalu pasukan ini telah melaksanakan kerja kerja tersebut di :-

 

1.                 Masjid Kg Kurnia.

2.                 Masjid Al Raudah Kg Dato Onn.

3.                 Masjid Tun Hussein Onn.

  

          

 

Masjid Jamek Tun Hussien Onn , Jalan Langkasuka , Kampung Dato’ Onn Jaafar.

 

 

Masjid Jamek Kampung Kurnia, Jalan Anugerah , Kampung Kurnia , Johor Bahru.

 

 

 

Masjid Al Raudah Kg Dato’ Onn, Jalan Sentosa , Kampung Dato Onn JB.

 

 Sehubungan dengan itu melalui laman ini saya Hj Adam Sumiru selaku penaung pasukan ini menyeru semua pihak tertutama Ajk Masjid dan Surau turut menggerakan kerja kerja murni ini dengan menghubungi pihak urusetia pasukan sukarelawan ini atau pun menghubungi saya sendiri atau hantar email kepada saya di alamat email tgputeri@ymail.com  Jika mahu melaksanakan kerja kerja pembersihan di masjid dan surau disekitar dun tg puteri ini.

 

Alamat pasukan sukarelawan ini ialah ;-

 

#G2, Blok C, Jalan Larkin Perdana 3,

Taman Larkin Perdana,

80350 Johor Bahru,

Johor Darultakzim.

 

Atau hubungi  :-  En Nordin Sumiru    -   07 -  237 2111

sama samalah kita mengimarahkan masjid dan surau ditempat kita.

 

Projek akan datang – warung kopi dalam kawasan surau dan masjid

berikan pandangan tuan/puan ke email :-  tgputeri@ymail.com  

 

 

 

No responses yet

Nov 03 2008

AKTIVITI YB.

Published by admin under Uncategorized

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru 2008

Mesyuarat diatas diadakan pada hari Ahad 26 Oktober 2008 di Ballroom 1, Tingkat 23 , Hotel New York , Jalan Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru. Kesemua 84 cawangan UMNO di Parlimen Johor Bahru hadir pada mesyuarat tersebut.

 

Mesyuarat di sempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Shahrir Abd Samad yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru merangkap Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, manakala UMNO Malaysia diwakili oleh Dato Seri Shahidan Kasim Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

 

Oleh kerana adanya pemilihan untuk jawatan Naib Ketua UMNO, AJK dan juga G7 maka persidangan kali ini menarik perhatian semua pihak dari peringkat negeri mahu pun pusat. Sana sini orang bercakap mengenai mesyuarat UMNO, suasana kempen bermula sejak dari bulan Ramadan lagi hinggalah ke bulan Syawal ini.

 

Bagi bahagian Johor Bahru ianya menjadi lebih menarik kerana adanya pertandingan diantara penyandang naib ketua iaitu Yb Adam Sumiru yang dicabar oleh En Mohamad Kasbi , manakala bagi jawatan ketua UMNO bahagian dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian masing masing berjaya mengekalkan jawatan tanpa bertanding iaitu Yang berhoramt Datuk Shahrir Abd Samad sebagai Ketua UMNO Bahagian dan Ybhg Datuk Ali Mohamad sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

 

Apa pun cakap cakap politik di warung kopi tetap berlaku, cakap cakap orang perseorangan, cakap cakap dari cawangan dan pelbagai pihak serta pelbagai andaian kedengaran. Namum itulah politik ‘’ cubit paha kanan paha kiri terasa sakitnya’’. Walaubagaimana pun tanggal 26 Oktober 2008 adalah penentu kepada semua ‘’ gosip’’ tersebut. Selesai mesyuarat perwakilan, keputusan pemilihan diumumkan para perwakilan menarik nafas lega, takada lagi senyum sinis, kini semua senyuman menjadi.

‘’terima kasih’’ terima kasih’’ itulah perkatan yang keluar dari mulut yang bertanding mahupun wakil yang bertanding, setiap salam yang disambut pasti senyuman terukir, maka selesai satu agenda pemilihan parti, kini setiap seorang dari perwakilan ada tugas berat yang perlu dilaksanakan , rapatkan barisan, satukan semangat juang, kembalikan jati diri , ketuanan melayu. Syabas UMNO Johor Bahru.

 

Berikut adalah senarai penuh AJK Bhagian UMNO Johor Bahru selepas siding perwakilan pada 26 Okt 2008 : -

Ketua: Datuk Shahrir Abdul Samad (Tanpa bertanding)

Timbalan ketua: Datuk Haji Ali bin Mohammad (Tanpa bertanding)

 

Naib Ketua: YB Haji Adam Sumiru.

 

Jawatankuasa: Datuk Yahya Jaafar, Azman Hj Dawam ,Faizaul Azmi Haji Jaafar, Datuk Haji Ahmad Kemin , Hamid Halidek , Haji Abu Bakar Ibrahim Haji Mohd Raf Murad , Hajah Sadiah Hussin , Haji Mohd Zin Sungip , Faridah Mustafa , Borahan Kassim , Haji Abu Talib Alias , Haji Abd Jalil Long , Haji Hashim Ahmad , Hajah Inzura Kosnin , Misnan Ahmad , Syed Yasin Ali , Noraini Haji Juhari, Mohd Sunawan Hj Md Som , Ali Khan Isa.

Perwakilan G7: Datuk Haji Ahmad Kemin, Faridah Mustaffa, Datuk Yahya Jaafar, Haji Abu Bakar Ibrahim , Azman Haji Dawam, Hamid Halidek dan Haji Abu Talib Alias.

 

 

walau pun kalah Mohamed Kasbi tetap kawan saya‘ kata yb adam.

 

 

 

(kata yb adam, ”yang mengundi saya, adalah yang menyokong saya, dan yang tak mengundi saya adalah mereka yang mengingatkan saya ”.

No responses yet