Oct 27 2008
Adun Tanjong Puteri
Nama :- Tn Hj Adam Sumiru
Parti : - UMNO
Umur :- 52 Tahun
Ahli perniagaan. Sudah berkahwin dan mempunyai 7 orang anak , 4 perempuan dan 3 lelaki.
Kawasan Pilihanraya : - DUN Tanjung Puteri Johor.
Jawatan Dalam Parti : - Naib Ketua UMNO Johor Bahru.
Yang berhormat BOLEH DIHUBUNGI — 019 – 7777 734.
Email :- tgputeri@ymail.com
Yang ingin kita tahu mengenai YB Adam,
Beliau merupakan seorang yang lemah lembut, meghormati setiap orang, mudah mesra dengan sesiapa juga dan wajahnya sentiasa mengukir senyuman. Senyuman itu satu sedekah katanya.
Aktiviti harianya bermula selepas solat subuh beliau dan isteri tercinta akan memulakan riadah diwaktu pagi dengan berjalan kaki ‘morning walk’ di Hutan Bandar. Kearkaban beliau dan isterinya menjalankan aktiviti riadah itu membuktikan kukuhnya ikatan rumah tangga yang cukup bahagia kerana mereka berdua amat rapat dengan anak 2. Selain itu YB juga minat bermain ‘golf’.
Makanan kegemeran YB ialah tempe goreng , manakala minuman kesukaanya ialah kopi o’ ini merupakan menu utama yang disediakan oleh isteri tersayang Hjh Latipah.
Minum kopi bersama YB,
Sambil minum kopi kita ajukan beberapa soalan kepada YB.
Sebelum menyertai politik apa YB buat?
Sebelum menyertai politik saya bergiat dalam perniagaan, sebagai seorang kontraktor binaan dan kejuruteraan awam. Selepas itu saya mula bergiat dalam politik hingga ke hari ini.
YB minat dengan komputer, dan berapa lama akan YB habiskan masa dengan ‘pc’ ?
Memang saya berminat sehari saya boleh habiskan masa selama 2jam dgn pc.
YB suka membaca buku ?
Ya, banyak buku2 politik yang saya baca dan juga buku pengetahuan Am, suratkhabar, buku tafsir Al-Quran.
Apa buku terakhir yang YB baca.?
Sebuah buku yang menarik ’pejuang bangsa’
YB ada nama samaran ?
Tak ada, nama saya Adam, lebih mesra kalau orang panggil saya ’Adam’
Apa yang YB suka mengenai Malaysia ?
Kehidupan berbilang kaum merupakan satu keunikan semula jadi di Negara tercinta ini, kunikan ini tiada di Negara lain.







