Archive for the 'general info' Category

Jan 08 2018

Published by under general info

siapabodoh_siapajadibodoh

MAT Sabu dan pengikutnya dalam PAN adalah pihak yang sebenarnya “kalah” dan dipersendakan dalam pengumuman Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan semalam. Walaupun PAN lebih senior dari Pribumi, walaupun Mat Sabu tarik lebih ramai wakil rakyat dan ahli PAS keluar parti berbanding Mahathir, tapi bila tang pembahagian kerusi, parti Mat Sabu dapat paling sikit sekali. Tak hairan PAN Johor boikot konvensyen Pakatan semalam.

Di awal penubuhan PAN dulu, Setiausaha Agung PAS mengaku kehilangan 200,000 dari lebih sejuta ahli parti itu, dipercayai masuk PAN, banyak cawangan PAS berkubur sebab ahli masuk PAN – begitu kuat momentum yang Mat Sabu berikan tapi akhirnya macam ini jadinya. Sehingga ada dakwaan mengatakan mulut Mat Sabu dah disumbat dengan sesuatu sehingga parti Pribumi yang takde cawangan ini pun, sailang parti Mat Sabu (yang dah 2 kali konvensyen) macam itu saja.

Takde halangan, takde penentangan

Nampak sangat UMNO ni parti terer, kualiti bekas ahlinya lebih tinggi dari kualiti bekas ahli PAS dimata PKR dan DAP. Taklah menghairankan sangat sebab dalam sedar atau tidak, dari PRU 1990 hingga sekarang, semua calon Perdana Menteri pembangkang adalah bekas orang UMNO.

Apapun yang semua orang tahu, ini adalah keputusan politik, silap-silap ada unsur duit di dalam tu. Mana logik parti yang cawangan pun takde, bahagian setakat 137, mesyuarat agung tahunan melanggar perlembagaan sendiri tapi boleh diperuntukkan kerusi yang lebih banyak dari parti yang segala segi teratur macam PAN?

No responses yet

Dec 29 2017

Isu Felda….ini kata Tan Sri Shahir…

Published by under general info

image

No responses yet

Dec 10 2017

Info kesihatan….

Published by under general info,Uncategorized

TAHUKAH anda kaum wanita adalah tiga kali lebih mudah mengalami sindrom terowong karpal berbanding kaum lelaki? STK berasal daripada istilah bahasa Inggeris, carpal tunnel syndrome.

Ia merupakan kerosakan saraf yang paling biasa berlaku yang terdiri daripada simptom-simptom iaitu sakit, kebas dan mencucuk-cucuk (rasa sakit bagai dicucuk-cucuk jarum) terutama pada ibu jari, jari hantu dan jari manis.

(Klik disini…untuk info seterusnya).

http://www.sinarharian.com.my/mobile/rencana/awas-jika-anda-alami-kebas-sakit-di-jari-1.768584

No responses yet

Dec 06 2017

Perhimpunan Agong Umno 2017

Published by under general info,Uncategorized

Klik disini….

http://www.mykmu.net/2017/12/pau2017-umno-makin-kukuh-pakatan-pembangkang-makin-rapuh/

(terima kasih…mykmu.net)

No responses yet

Dec 06 2017

Manifesto UMNO PRU 14

Published by under general info

image

Tujuh lembayung ‘arjana’ bangsa manifesto UMNO hadapi PRU14

KUALA LUMPUR 5 Dec. – Tujuh manifesto bangsa yang merangkumi tujuh lembayung arjana (kejayaan) bangsa akan menjadi manifesto dan gagasan besar UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Manifesto bangsa itu dibentangkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Tujuh manifesto bangsa itu merangkumi Lembayung Kesejagatan Politik, Lembayung Ekonomi Maqasid Syariah, Lembayung Pengangkasaan Pendidikan, Lembayung Keselamatan Negara, Lembayung Antarabangsa, Lembayung Raja-Raja Melayu dan Agama Lembayung Peradaban.

“Malam ini saya bentangkan tujuh Manifesto Bangsa yang akan menjadi satu gagasan besar. Ia juga bekalan pemikiran dan asas tindakan kita dalam menghadapi PRU ke-14 nanti.

“Inilah manifesto sebelum manifesto. Inilah manifestasi akujanji kita kepada rakyat. Saya percaya tujuh manifesto bangsa yang merangkumi tujuh lembayung arjana bangsa akan menjadi pegangan kita buat selama-lamanya,” kata Ahmad Zahid.

Menurut Zahid angka tujuh dipilih dalam manifesto bangsa kerana angka itu seringkali diulang dalam al-Quran.

Angka tujuh juga dipilih kerana tujuh orang presiden telah memimpin UMNO sejak tujuh dekat lalu.

Menurut Zahid, UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh kalah dan tewas dalam PRU14 yang kian menghampiri dan akan berakhir pada Jun 2018.

“UMNO tidak boleh kalah. BN tidak boleh tewas! Kita tidak akan membiarkan Putrajaya beralih tangan! Putrajaya akan terus menjadi milik kita. Milik UMNO dan Barisan Nasional.

“Yang penting kita haru memiliki “winning mentality” atau mentaliti untuk menang. Ia bukan sekadar konsep, bukan sekadar falsafah tetapi memerlukan semangat keyakinan dan tindakan,” tegas Zahid.

Sejumlah 2,978 perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berkampung bagi mengikuti Perhimpunan Agung terakhir parti itu sebelum menghadapi PRU14.-UTUSAN ONLINE

No responses yet

Next »