SAYA TN HJ ADAM BIN SUMIRU DAN ISTERI HJH LATIPAH MD DOM SERTA AHLI KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DISELURUH DUNIA AM NYA DAN KHASNYA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DAN JUGA KAUM CINA , INDIA, DAN LAIN LAIN BANGSA YANG ADA DI KAWASAN PARLIMEN JOHOR BAHRU DAN DALAM DUN TG PUTERI – semuga hari raya tahun ini akan mengukuhkan lagi silatulrahim dan perpaduan sesama kita – 1MALAYSIA.
PADA HARI AHAD 29 OGOS BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA JOHOR BAHRU DIMANA PERSERTA KEMBARA 1 MALAYSIA dilepaskan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru Yb Dato’ Shahrir Samad …komboi kembara pacuan 4 roda ini akan mneruskan perjalanan mereka ke negeri Melaka dan seterusnya ke Kuala Lumpur,.
gambar kenangan peserta kembara 1MALAYSIA
yb Dato'Shahrir dan Yb Adam serta ketua kembara 1MALAYSIA
tak nak lepas peluang untuk bergambar....
PERSERTA KEMBARA MOHON RESTU ILLAHI BAGI KESELAMATAN PERJALANN KEMBARA
INI ADALAH SEBAHGIAN DARI PACUAN 4 RODA KEMBARA 1 MALAYSIA.
Pada 28 Ogos 2010 satu majlis sambutan ambang merdeka ke 53 telah berlangsung di dataran masjid jamek Tun Hussien Onn di Larkin Johor Bahru anjuran JPMM DUN TG PUTERI DAN PARLIMEN JOHOR BAHRU serta majls berbuka puasa diadakan. Majlis ini di adakan bag meraikan komboi kembara 1MALAYSIA yang tiba di Johor Bahru , majlis ini di hadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Shahrir Samad Ahli Parlimen Johor Bahru dan juga Yb Tn Hj Adam Sumiru ADUN TG PUTERI.
yb Dato' Shahrir dan yb Adam serta perserta kembara
Isu rumah ibadat milik orang Islam di simbah cat yang berlaku di Taman Pulai Impian baru-baru ini sebenarnya boleh mengundang masalah yang lebih besar kepada kestabilan dan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia. Ini kerana ia adalah rentetan kepada beberapa kejadian yang sama (dalam erti kata mencemar rumah ibadat orang Islam) yang telah berlaku baru-baru ini seperti penemuan kepala babi dan sebagainya.
Bagaimanapun kecekapan pihak polis mengambil tindakan segera, menahan suspek dan melapur perkembangan siasatan kepada rakyat, adalah satu tindakan bijak dan dialu-alukan. Dalam beberapa kes yang berlaku sebelum ini, kita tidak dimaklumkan perkembangan siasatan apatah lagi melihat pelakunya dihadapkan di mahkamah tetapi dalam kes ini kecekapan pihak polis menahan suspek dalam masa yang amat singkat, adalah amat kita hargai.
Tanpa perlu menunggu hasil siasatan selesai, kita sudah dapat meneka, pihak manakah yang terlibat itu, apatah lagi bila Pemuda BN dan pengerusi lantikannya mendiamkan diri, semakin memberi keyakinan kita kepada indikasi-indikasi sebelum ini yang menjurus kepada penglibatan pihak mana. Bagaimanapun untuk tidak mengeruhkan keadaan, kita menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pihak polis untuk menyelesaikan masalah ini mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.
Cuma yang kita harapkan kepada pihak polis selepas ini ialah mencadangkan kepada kerajaan bagaimana untuk menerapkan dengan lebih lagi nilai-nilai perpaduan di sekolah-sekolah agar di masa hadapan tidak berulang lagi kejadian bila akibat rasa marah dan tidak puas hati sesama individu, rumah ibadat pula yang dijadikan mangsa. Kita lihat kebelakangan ini masyarakat berbilang kaum di Malaysia sudah tidak sensitif dalam hal-hal berkaitan agama terutamanya. Ini berbeza dengan tujuh ke lapan tahun yang lepas bila kita lihat tahap keharmonian antara kaum dan agama yang begitu baik sekali kerana masing-masing menghormati perkara-perkara yang menjadi ‘pantang larang’ dalam masyarakat majmuk Negara ini.
HARI INI 24 OGOS 2010, genap 2 minggu umat isalam di seluruh dunia menjalankan ibadah puasa, dan selang 2 minggu lagi umat islam seluruh dunia akan menyambut syawal – idilfitri……apa yang nak di perkatakan disini adalah mengenai majlis berbuka puasa dai negara kita – nampaknya ada kesan positif hasil dari kerjasama JAKIM dan juga majlis agama islam negari2 yang mengeluarkan senarai HOTEL dan pelbagai tempat untuk berbuka puasa yang ada sijil HALAL……..ini satu pembaharuan yang amat dinantikan oleh setiap dari umat islam di negara kita….dan juga dari kalangan koporat yang kerap mengadakan jamuan berbuka dengan pelanggan mereka…dan yang pasti peluang untuk menganjurkan majlis ini sekarang akan lebih berhati2 dan tahu dimana tempat untuk majlis berbuka yang HALAL.
Syabas diatas kesedaran yang cukup memberikan impak secara global…walupun tindakan itu di lihat secara lokal…….