Feb 03 2012
SALAM MAULIDUR RASUL 1433 H.
SAYA YB DATUK HJ ADAM BIN SUMIRU DAN SELURUH AHLI KELUARGA SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433 H. KEPADA SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DISELURUH DUNIA.
Feb 03 2012
SAYA YB DATUK HJ ADAM BIN SUMIRU DAN SELURUH AHLI KELUARGA SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1433 H. KEPADA SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DISELURUH DUNIA.
Jan 30 2012
30 JAN 2012 , Hari ini, orang ramai dan siapa yg cepat akan dapat melabur dalam Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1Malaysia). Meh baca dulu sedikit info mengenai SARA 1M’sia ni.
Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini?
1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah
4. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.
Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)
1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.
2. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak
3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia
1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. Jelas?
3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:
atau….
Kesimpulannya, terpulang kpd individu itu sendiri samada yakin utk melabur ataupun tidak. Ini bukan pelaburan secara paksaan, ini adalah tawaran utk rakyat je.
Jan 30 2012
PADA HARI AHAD 15 JAN 2012 BERSAMAN 21 SAFAR 1433 H, YB DATUK HJ ADAM DAN KEMAS JOHOR BAHRU memberi sumbangan kepada fakir miskin dalam PARLIMEN JOHOR BAHRU. Aktiviti ini bukan sahaja memberi sumbangan fakir miskin ianya juga merupakan aktiviti turun padang Yb Datuk ADAM dan anggota KEMAS PARLIMEN JOHOR BAHRU, disamping itu ianya juga membri peluang kepada YB Datuk dan anggota kemas yang lain dapat melihat dari dekat permasalahan masyarakat setempat.
Jan 17 2012
Saya Datuk Hj Adam Bin Sumiru dan keluarga mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
Jan 13 2012
PADA HARI AHAD 8/1/2012 BERSAMAN 14 SAFAR 1433 H dengan kerjasama AADK daerah Johor Bahru YB DATUK HJ ADAM DAN DATIN berserta ahli UMNO Kg Melayu kerumah saorang warga emas bekas guru EN WAN MUSHADEK BIN WAN HASSAN yang daya pengelihatannya agak kurang baik beliau tinggal di NO 3, LRG BALAI KG MELAYU MAJIDEE … disana rombongan YB DATUK cuba membantu warga emas ini untuk membersihkan rumahnya dan kawasan sekitar rumah tersebut…semangat gotong royong ini cukup bermaana buat EN WAN….